Suatu Ketika Dulu F5E, Kebanggaan Malaysia.

Image

Suatu ketika dahulu pesawat F5E pernah menjadi kebanggaan Malaysia dan merupakan jet pejuang yang terpenting dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa Malaysia. Sehingga kini Tentera Udara Malaysia masih menggunakan pesawat tersebut yang beroperasi di Pangkalan Udara Butterworth. Walaupun sudah menjangkau usia yang lama namum keupayaan High Speed masih ditagih..Sentiasa Diangkasa raya..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

ISU PEROLEHAN PERTAHANAN DI POLITIKKAN

Sejak kebelakangan ini sering kita baca dan teliti berkenaan isu perolehan kelengkapan dan aset pertahanan negara dipolitikkan demi kepentingan tertentu. individu dan badan NGO yang bernaung di bawah badan antarabangsa digunakan untuk menghentam kerajaan dan ATM kerana pelbagai kepincangan yang berlaku tanpa memikirkan kebenaran dan implikasi yang bakal dihadapi oleh negara dari sudut keselamatan. Negara-negara serantau hanya memerhati sahaja tingkah laku dan tindak tanduk segelintir individu rakyat Malaysia sendiri yang daif tentang soal keselamatan namun cuba berlagak sebagai pembela rakyat, memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat wahal pada masa yang sama telah menghebahkan kepada dunia tentang maklumat penting negara. 
Misalnya berkenaan isu yang dikatakan penjualan maklumat sulit TLDM kepada syrikat Perancis baru-baru ini,  perkara tersebut bukan sekadar memburukkan nama ATM malah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. pihak yang cuba membangkitkan isu ini nampaknya lebih berminat untuk berpolitik sahaja tanpa menilai baik buruk kesan jangka panjang kepada negara. isu dalaman walaupun berkaitan dengan syarikat luar negara sepatutnya dibicarakan atau diselesaikan oleh negara kita sendiri tak perlu membuka pekung di dada semata-mata ingin popularkan diri sendiri..kononnya aku la wira pembela Agama, Bangsa dan Negara….Menteri Pertahanan sendiri telah mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut dan menafikan sekeras2nya dakwaan berlaku penjualan maklumat sulit TLDM dan berjanji akan melakukan siasatan kerana melibatkan isu keselamatan. berita harian. so sabar la biarkan menhan buat kerjanya sebelum membentangkan keputusan siasatan kepada umum. Jangan nak mempolitikkan nya lagi…ada maklumat yang diperolehi dari blogers juga mendakwa sebenarnya tiada perbicaraan yang berlaku berkenaan isu scorpene di Perancis , sekiranya benar berkara ini jelas membuktikan tujuan isu ini digembar gemburkan adalah berniat jahat semata-mata, hanya untuk dijadikan gula-gula mendapat sokongan rakyat untuk PRU 13. pikir2 kan wahai rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras sekalian…
 
Seterusnya, akhir-akhir ini juga ramai di kalangan penjawat awam/ tentera yang berpaling tadah memburukkan kerajaan sedangkan semasa mereka menjawat jawatan dalam kerajaan atau tentera tiada sebarang tindakan atau perubahan yang dibawa demi kebaikan organisasi mereka berkhidmat. kini bila diberi jawatan di luar organisasi sibuk mendedahkan keburukan dan kepincangan kerajaan. semua benda yang dibuat salah dan tiada satu pun kebaikan yang diceritakan. pendedahan yang dibuat jelas mempunyai kepentingan di sebalik semua dakwaan yang dibuat mengundang cemuhan dan pendedahan perkara sebenar oleh segelintir bloger yang tidak berpuas hati dengan dakwaan yang dibuat. seperti yang diceritakan dalam blog sahabat kita yang tidak henti-henti mempertahankan dan melontarkan hujah-hujah berkenaan sesuatu isu, blog http://askarsetia.blogspot.com/.http://www.merapusakan.blogspot.com/ berkenaan tomahan yang dilemparkan oleh bekas pegawai kanan yang mengkritik organisasi yang menjadi periuk nasi beliau lebih 30 tahun, sedarlah bahawa hasil daripada perkhidmatan beliau yang begitu lama telah membawa berbagai kebaikan kepada diri dan keluarga, mampu memiliki rumah yang selesa, mengumpulkan harta serta menyekolahkan anak-anak sampai ke peringkat universiti namun apabila di luar mengutuk, mengkeji serta mengfitnah tempat mencari makan. ini la manusia yang tidak mengenang budi. sanggup memperkudakan bekas tuannya demi jawatan dan janji-janji yang diberikan….
 
sedar la wahai insan..ade segelintir masusia sanggup buat ape saje demi mencapai hasrat dan dendam yang terbuku dihati…nilailah dengan akal fikiran buatlah pertimbangan agar kita tidak terpesong dengan dakyah sempit mereka…
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Eurofighter Typhoon vs Dassault Rafale – Satu Analisis

Penggantian Next Generation Fighter Aircraft Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) Tentera Udara Diraja Malaysia masih diperkatakan oleh banyak pihak namun daripada empat senarai yang dihebahkan iaitu Super Hornet, Grippen, Typhoon dan Rafale. Hanya dua sahaja yang disenarai pendekkan iaitu Typhoon dan Rafale. Di sini saya cuba membuat perbandingan serba ringkas mengenai kelebihan dan kekurangan kedua-dua pesawat.

Airframe

Kedua-dua pesawat ini adalah pesawat delta canard configuration yang sangat maju dan menjadi pilihan oleh banyak negara di seluruh dunia.  Walaupun pesawat kelihatan hampir sama pada luarannya  namun ianya  berbeza. 

Image

 Typhoon adalah sebuah pesawat yang dibina dengan kukuh, mempunyai canard agak besar diletakkan di hadapan bagi meningkatkan keupayaan pergerakan semasa di udara termasuk membolehkan Typhoon point its nose ke arah sasaran dengan pantas.  Seperkara lagi, Ia mempunyai kanopi gelembung yang menawarkan pandangan 360 ° yang jelas untuk juruterbang. Rekabentuk intakes di bawah fuselage membolehkan pesawat terbang pada kelajuan rendah namun berkemungkinan akan menimbulkan masalah apabila pada kelajuan yang tinggi. Walaubagaimana pun rekabentuk Typhoon yang kukuh mampu mengatasi permasalahan tersebut.  Typhoon mempunyai  adjustable intake udara yang bermaksud  boleh membuka  atau menutup mengikut keperluan jumlah udara yang memasukinya. Ini adalah ciri hebat yang membolehkan pesawat berfungsi dengan baik pada sebarang kelajuan.

Image

Manakala Rafale adalah pesawat yang berbeza, Ia direka untuk membuatkan kelihatan cantik dan kukuh pada masa yang sama. Canards pesawat Rafale yang diletak dekat dengan sayap dikatakan kurang membantu meningkatkan prestasi namun dikatakan konfigurasi tersebut hanya mengurangkan  rintangan serta membenarkan pesawat mencapai kelajuan Mach 2 pada altitude rendah. Rafale tidak semaju Typhoon dalam teknologi rekabentuk kerana menggunakan teknologi konvensional.

Engine

 Image

 

Typhoon menggunakan enjin 2 EJ-200 dengan teras (dry thrust of 60 KN and a wet thrust of 90 KN) dengan kerangka pesawat udara yang besar dan sayap yang kuat serta canards melakukan tugas thrust vectoring control (TVC) sangat baik pada Typhoon.

ImageImage

walaubagaimana pun Rafale menggunakan enjin Snecma M88-2 dengan teras (dry thrust of 50 KN and 75 KN afterburner) dikatakan pesawat ini memerlukan enjin yang lebih berkuasa kerana jika dibandingkan dengan pesawat terkini gen 4.5. Ia seolah-olah berada di paling bawah dalam kelasnya.

Avionics

Image

Typhoon menggunakan radar Euroradar Captor (ECR-90) next generation mechanical multi-mode pulse doppler radar yang dikatakan teknologi lama (2 generasi ke belakang) iaitu PESA (Passive Electronically Scanned Array) dan AESA (Active Electronically Scanned Array). Tetapi jet Typhoon EF-2000 meningkatkan keupayaan radar tersebut dengan meningkatkan saiz antena seterusnya  telah meningkat prestasinya. Ia boleh mengesan sasaran pesawat sehingga 160 kilometer. Walaubagaimana pun kelemahan yang ketara ialah tidak boleh mengimbas sasaran yang banyak pada satu-satu masa.

Image

Rafale pula memiliki radar yang lebih baik iaitu radar RBE2 iaitu PESA (Passive Electronically Scanned Array) yang merupakan radar generasi yang lebih baik. Walaubagaimana pun saiz muncung pesawat yang kecil telah menghadkan saiz radar yang boleh dibawa mengakibatkan pengurangan jarak pengesanan kepada hanya 140 ke 150 km sahaja. Jarak detection atau pengesanan adalah kurang berbanding Typhoon namun ia mampu mengesan lebih daripada 40 pesawat dan memusnahkan 8 pesawat dalam satu-satu.

Sistem pengesanan  Rafale tidak lama lagi akan diganti oleh  jenis AESA iaitu versi RBE2-AA yang termaju, mempunyai keupayaan mengenal pasti sasaran sehingga 170 km.Sebuah versi AESA juga turut dirancang untuk Typhoon juga  Namun dikatakan versi ini hanya boleh didapati untuk model naik taraf sahaja.

Kedua-duanya  adalah baik mampu menjalankan tugas pengesanan mengikut keperluan termaju zaman sekarang.

Radar Cross Section Reduction Features

RCS ialah sejenis teknologi bagi mengurangkan detection radar samada melalui meterial atau teknologi halimunan yang mampu mengelak dari dikesan. Typhoon mempunyai beberapa ciri yang boleh mengurangkan RCS di hadapan pesawat iaitu 0.5-1 sq meter yang mana ramai menjangkakan 0.1 sq adalah hampir mustahir untuk dikesan oleh radar. RCS akan dikurangkan lagi jika sistem radar AESA digunakan kerana ia mampu mengelirukan radar pasukan musuh dan mengurangkan risiko dikesan.

Rafale pula mempunyai RCS yang tinggi kerana material yang digunakan dan rekabentuk yang kurang memberi kesan untuk mengurangkan RCS. RCS pesawat ini dalam anggaran 1.5-2 sq Meter. Secara keseluruhannya pesawat ini lebih mudah dikesan oleh sistem radar musuh.

Persenjataan

Ini adalah satu aspek yang sangat penting dalam menilai keupayaan pesawat pejuang. Kedua-dua pesawat Eurocanards mempunyai sistem persenjataan yang moden. Typhoon  menggunakan Meteor, active radar guided beyond visual range missile  udara ke udara, dan akan menggunakan Advanced Short Range Air-to-Air Missile (ASRAAM) pada masa akan datang. Manakala Rafale menggunakan missile Meteor sama seperti Typhoon dan MICA  (missiles interception and combat aerial) sahaja. Penggunaan persenjataan kedua-dua pesawat adalah yang termaju namun yang membuatkan Typhoon lebih advance adalah pakej persenjataan yang pelbagai termasuk dari blok eropah dan Amerika sendiri seperti AIM-9 Sidewinder dan AIM-120 AMRAM.

 Sistem SPECTRA yang ada pada pesawat Rafale patut dipuji kerana sistem perisian  tersebut yang mampu meningkatkan chances of survival kerana ia mampu mengautomasikan  kebanyakan tugas-tugas komunikasi dengan  pesawat lain dan stesen kawalan. Typhoon juga mempunyai kelengkapan EW (electronic warfare) namun pesawat Rafale sedikit mengatasi Typhoon.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Saab Erieye AWACS : Mengintai peluang sertai TUDM

Image

Pesawat yang mungkin menjadi platform sistem PS-890 Erieye milik Malaysia.

Setelah Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) memutuskan untuk memperoleh aset pesawat Sistem Amaran & Kawalan Udara (AWACS), tumpuan kini terarah kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah cakap-cakap mengenainya telahpun terjawab semasa LIMA 2007. Cuma yang masih menjadi persoalan adalah sistem dan pesawat jenis manakah yang bakal diperoleh dalam misi untuk menjadikan TUDM sebuah angkatan yang ulung dan moden di rantau Asia.
 
 
Pemilikan AWACS pada amnya bukan sesuatu yang wajib. AWACS secara ringkasnya berfungsi sebagai sebuah menara amaran dan kawalan yang bergerak untuk menyokong keupayaan pengesanan, koordinasi dan arahan kepada pesawat milik kawan. Pesawat AWACS juga memberi perlindungan kepada pesawat kawan melalui sistem pencegahan elektronik dan meningkatkan jarak pengesanan radar setiap pesawat melalui penyambungan jaringan data (datalink). Pemilikan AWACS hanyalah sebagai nilai tambah bagi meningkatkan keberkesanan operasi udara dan pemilikannya hanyalah dilihat sebagai suatu pembaziran oleh sesetengah organisasi ketenteraan.
 
 
Di rantau Asia Tenggara, hanya RSAF sahaja memiliki pengalaman mengendalikan pesawat AWACS. Pesawat AWACS milik RSAF adalah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye buatan Amerika Syarikat. Grumman E-2C Hawkeye dibangunankan sebagai AWACS yang boleh dioperasikan dari Kapal Pengangkut Pesawat turut dimiliki oleh negara seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Mesir, Perancis, Mexico, Jepun dan Pakistan. Bagaimanapun khidmat 4 unit pesawat Grumman E-2C Hawkeye bakal digantikan dengan 4 unit pesawat Gulfstream G550 yang dipasangkan dengan sistem EL/M-2075 Phalcon buatan Israel menjelang 2010.
 
 
Pada tahun 2007, RTAF telah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan untuk memperoleh 1 unit pesawat AWACS dari jenis Saab 340 yang dipasangkan dengan sistem radar PS-890 Erieye dari Sweden, yang turut dikenali sebagai S-100B Argus. Perolehan pesawat AWACS dibuat sebagai sebahagian dari program perolehan 6 unit pesawat pejuang Saab JAS 39 Gripen dari syarikat yang sama. Penghantaran pesawat S-100B Argus dijadualkan pada 2010 menjadikan RTAF sebagai angkatan udara ke-2 selepas RSAF memiliki keupayaan AWACS di rantau Asia Tenggara.
 
 
Walaupun belum ada sebarang keputusan, ramai yakin TUDM bakal membuat perolehan pesawat AWACS dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Pemilikan pesawat AWACS bakal memberi nilai tambah kepada keuapayaan sistem amaran & kawalan serta peninjauan udara TUDM memandangkan TUDM perlu mengawal sempadan udara yang luas merentasi Laut China Selatan.
 
 
Tanpa sebarang petunjuk jelas, ramai penganalisis dan pemerhati doktrin ketenteraan yakin bahawa Malaysia bakal memilih sistem radar PS-890 Erieye sebagai sistem AWACS TUDM. Keyakinan di disandarkan atas beberapa faktor yang dilihat oleh ramai penganalisis sebagai penentu kepada sistem AWACS yang digunakan iaitu :-
 
  1. Keupayaan kewangan yang dimiliki oleh Malaysia membataskannya untuk memiliki sistem AWACS lain. Sistem radar PS-890 Erieye bernilai sekitar USD80 juta adalah lebih jimat berbanding sistem lain yang ditawarkan dengan prestasi yang serupa.
  2. Latar belakang negara pengeluar iaitu Sweden yang mengamalkan sikap neutral juga menjadi faktor penentu kepada pemilihan sistem Erieye. Pemilihan sistem Erieye boleh mengelakkan Malaysia daripada menghadapi karenah birokrasi dan sekatan tertentu seperti yang telah dihadapi semasa membuat perolehan misil AIM-120C dari Amerika Syarikat.
  3. Berbanding sistem AWACS lain, sistem Erieye tidak memerlukan pesawat yang terlalu besar sebagai platform. Sistem Erieye boleh dipasang pada pesawat sekecil Saab 340 hinggalah kepada pesawat yang lebih besar seperti Saab 2000 dan Embraer ERJ-145.
  4. Tempoh penghantaran yang lebih singkat juga memberi nilai tambah kepada pemilihan sistem Erieye. RTAF misalnya hanya perlu menunggu selama 3 tahun dari tarikh pemeteraian kontrak untuk menerima 1 unit S-100B Argus.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kengkangan dari kedua-dua belah pihak dalam merealisasikan perolehan tersebut. Tidak kira sama ada dari pihak Kerajaan Malaysia mahupun syarikat Saab AB dari Sweden perlu mencari penyelesaian jika mahu melihat TUDM mengoperasikan pesawat AWACS menggunakan sistem radar PS-890 Erieye.
 

Beberapa permasalahan telah diperdebatkan oleh penganalisis sama ada melalui tulisan dalam media cetak mahupun elektronik di seluruh dunia mengenai kesesuaian TUDM mengoperasikan sistem Erieye. Antaranya :-

  1. Doktrin perolehan semasa ATM yang menekankan sesebuah aset sokongan perlu mempunyai nilai tambah kepada operasi ketenteraan di waktu aman (MOOTW). Memandangkan pesawat AWACS adalah dari jenis tugasan atau fungsi khusus, memungkinkan pemilikannya tidak sejajar dengan doktrin semasa.
  2. Senario kegiatan jenayah yang berlaku di sempadan laut negara seperti penyeludupan, PATI dan lanun mendorong ATM untuk lebih mengutamakan perolehan aset yang mampu digunakan secara bersama antara TDM, TLDM dan TUDM. Ditambah lagi dengan usia pesawat tertentu yang digunakan secara bersama memungkinkan belanjawan bagi mendapatkan pesawat AWACS akan ditangguhkan. Penggantian aset seperti Beechcraft B200T, Sikorsky S-61N Nuri dan SA-316B Allouette III lebih diperlukan memandangkan peranan dan fungsinya untuk kegunaan bersama.
  3. Pemilikan AWACS jenis Erieye juga memungkinkan ATM terpaksa berbelanja lebih besar memandangkan TUDM mengoperasikan pelbagai jenis pesawat pejuang dan tempur. Ini memerlukan kerja-kerja tambahan dengan pemasangan dan konfigurasi kepada pesawat sedia ada agar mampu dioperasikan bersama sistem dari Sweden tersebut. Bagi pesawat buatan negara NATO, ianya bukan menjadi masalah besar tetapi kesukaran bakal dihadapi semasa pengubahsuaian terhadap pesawat buatan Russia.
  4. Pemilihan platform kepada sistem Erieye juga menjadi masalah memandangkan sehingga kini platform yang telah dipasang adalah dari pesawat yang tiada dalam inventori ATM. ATM tidak memiliki atau mengoperasikan pesawat dari jenis Saab 340, Saab 2000 mahupun Embraer ERJ-145. Jika ATM terus dengan keputusan untuk memiliki sistem Erieye menggunakan platform sedia ada, dikhuatiri akan menyukarkan penyelenggaraan memandangkan tiada pengalaman berkaitan dengan pesawat tersebut. Namun, ura-ura Saab AB bakal menawarkan sistem Erieye menggunakan platform dari pesawat CASA C-295 buatan Sepanyol memungkinkan peluang cerah TUDM memiliki sistem ini memandangkan pesawat CASA C-295 dibangunkan berasaskan pesawat CASA/IAe CN-235 yang telahpun dioperasikan oleh TUDM.
Apapun keputusannya, setiap perolehan perlulah berasaskan satu kajian terperinci secara menyeluruh dari sudut sumber, peranan, pengoperasian, jangka hayat serta faedah yang mampu diperolehi dari pemilikan sesuatu aset. Walaupun memiliki pesawat AWACS mampu memantapkan sistem pertahanan dan kawalan udara negara namun adakah berbaloi untuk memilikinya dalam suasana dan senario semasa negara.
 
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment